Pan Merchant meterai perjanjian taja jamin dengan Affin Bank menjelang IPO di Pasaran ACE

DagangNews.com - 7 May 2025 View original article

_________________________

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pan Merchant Bhd, memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pan Merchant menawarkan sejumlah 250.2 juta saham kepada umum, terdiri daripada 232.2 juta saham baharu, dan 18 juta saham tawaran untuk jualan mewakili 27.3% daripada modal saham diperbesarkan.

Sebanyak 114.5 juta saham diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), manakala 57.3 juta saham lagi diagihkan kepada pelabur terpilih.

Sebanyak 45.8 juta saham baharu ditawarkan kepada orang awam menerusi pengundian, dan 14.6 juta lagi akan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja, serta pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Saham tawaran untuk jualan berjumlah 18 juta unit pula akan ditawarkan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.

Pengarah Urusan Pan Merchant, Voon Ten berkata, penyenaraian di Bursa Malaysia membolehkan syarikat memanfaatkan peluang dalam pasaran modal bagi merangsang fasa pertumbuhan baharu.

"Kami yakin status penyenaraian akan meningkatkan kredibiliti global syarikat, sekali gus menyokong pengembangan jangka panjang ke pasaran dan industri baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif AGn Hwang Investment Bank, Nurjesmi Mohd Nashir berkata, Pan Merchant bakal menjadi satu-satunya syarikat penyedia rumusan penapisan pepejal-cecair yang tersenarai di Bursa Malaysia.

"Penyenaraian ini akan memperkukuh kedudukan Pan Merchant sebagai syarikat tempatan terbesar dalam bidang ini berdasarkan hasil pendapatannya.”

"Gabungan asas kukuh, prospek pertumbuhan, kepakaran industri, dan pengkhususan yang dimiliki kumpulan dijangka menarik minat pelabur secara meluas," katanya.

Hasil IPO itu digunakan untuk perbelanjaan modal, termasuk membeli mesin, peralatan, dan alat ganti baharu, serta menaik taraf kilang pembuatan bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan.

Sebahagian dana akan digunakan untuk pembangunan produk, peluasan perniagaan, modal kerja, dan perbelanjaan penyenaraian.

Pan Merchant dijangka disenaraikan di Pasaran ACE pada suku kedua tahun 2025, dengan Affin Hwang bertindak sebagai penasihat utama, penaja, ejen penempatan tunggal, dan penaja jamin tunggal untuk IPO tersebut.

Read here.

Previous
Previous

Pan Merchant gears up for ACE Market listing in Q2

Next
Next

Affin Hwang to underwrite Pan Merchant’s ACE Market IPO